Sunday, May 6, 2012

Mahukan Kejayaan Mesti Bermula Dengan Kesedaran, Yang Sangat-Sangat Tinggi

 Bak kata pepatah,

Susah dahulu senang kemudian,

Lidah mudah berbicara belum tentu badan dapat melaksanakan,

Semua pasti akan menempuhi susah dahulu senang kemudian,

atau,

Senang dahulu susah kemudian,

Bergantung kepada empunya badan,

Belajar menghayati peraturan hidup, cara hidup,

Dengan melalui jalan yang sukar,

Dengan melalui jalan yang senang.

Jalan yang tidak diambil,

Perlulah sedar akan risikonya,

Berani bertaruh, berani tanggung.

Doa
                              Usaha
                                                                        Iltizam
 Tawakal 

Thursday, May 3, 2012

Perbezaan Dalam Pemikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hamba berdoa agar saudara dan saudari sihat sejahtera.

Dalam berjuta manusia yang hidup di muka bumi ini, tidak satupun yang mempunyai fikiran yang yang sama, pandangan yang sama. Sebab itulah uniknya Tuhan menciptakan alam ini, punyai banyak perbezaan, banyak pilihan. Ada kekurangan ada kelebihan. Manusia perlukan sesama manusia untuk mengisi kekosongan antara satu sama lain. Itulah yang menjadikan ia cantik dan harmoni. Hamba lebih suka hidup di negara yang mempunyai berbilang daripada hanya satu kaum sahaja. Seperti sekolah campur, di mana pelajar boleh mengenali dan menghormati budaya sesama lain.

Tidak akan ada persamaan dari segi pemikiran, ada kajian mengatakan otak parti kanan jauh berbeza dari otak parti haluan kiri. Itulah salah satu sebab tidak pernah luput perbalahan sesama mereka.

Sama seperti pemikiran seorang arkitek, engineer, tukang masak, guru, ahli perniagaan. Semuanya berbeza. Jika setiap dari kita memahami tanggungjawab diri sendiri dan berpegang kuat kepada agama. Pasti negara akan harmoni. Yang menjadi masalah apabila berlaku salah guna kuasa, tidak kira dari pekerja bawahan sehinggalah ke majikan. Pastinya berlaku ketidakpuasaan dan ini akan menjejaskan orang sekeliling. Kalau bukan sekarang, lama kelamaan pastinya akan.

Apabila polis memukul orang awam dan apabila orang awam memukul polis. Sebenarnya polis dan orang awam adalah mangsa. Selama ini hamba tidak paham akan pemikiran seorang polis apabila mereka tidak peduli tentang keganasan yang dilakukan mereka. Boleh katakan hamba benci polis. Kerana hamba tak faham.

Sekarang hamba faham selepas hamba menonton filem ini. Bahkan sekarang ini hamba mahu jadi seperti polis.

http://www.youtube.com/watch?v=ajRMjErXIS8






adalah satu kesalahan jika mencederakan orang. Walaupun diri ini diprovoke janan sekali kali mingikut kemarahan.

Hamba belajar ini semasa hamba menjadi pengawas sekolah. Walaupun digelar anjing. Ditumpahkan air ke baju, diajukan kata kata kesat. dibuli secara mental. Dipulaukan, hamba tidak sekali kali ingin membalas. Walaupun sampai sekarang masih rasa dendam tetapi hati ini sedia memaaf. Kalian tidak akan ada pengalaman seperti hamba kerana pengalaman ini amat perit dan hamba perap dalam hati sehingga sekarang.



Kepada polis yang menyalah guna kuasa yang anda ada, hamba tidak akan menghalalkan gaji anda yang dibayar oleh rakyat. Buat jahat di balas jahat.


 Kepada polis yang berkhemah dan professional dalam menjalankan tugas, hamba mengucapkan banyak terima kasih dan moga tuhan yang dapat balas ibadah tuan hamba. Kalau ada masa datanglah ke rumah hamba boleh jamukan.