Hari ini hamba ingin meluah rasa. Malaysia, di tanah melayu ini suatu ketika pernah ada dua pahlawan melayu terbilang dan masyhur.
Tuah taat setia pada Sultan, berkorban apa sahaja harta ataupun nyawa,
Jebat pula awalnya setia, akhirnya menjadi penderhaka. Katanya raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Ada kata tuah wira melayu patriotik. Ada yang kata Jebat pengkhianat, dan ada pula yang berpendapat sebaliknya. Biarlah ada berbeza pendapat kerna tidak semua orang fikirannya sama.
Hamba sokong siapa? Ianya rahsia tetapi biarlah hamba jelaskannya. Prinsip hamba ialah setia pada raja negara. Pendapat hamba, Tuah dan Jebat setia, tapi Jebat tidak kena caranya. Habis, apa cara yang betul? Hamba tidak boleh memberikan jawapan di sini. Cukuplah sekadar dalam hati, kerana diri ini masih mentah, berdarah muda dan banyak yang perlu dipelajari. Kalau ditanya orang apa akan hamba lakukan jika hamba berada dalam situasi Jebat. Hamba berdiam diri.
Kerna hamba serba salah. 'Diluah mati emak, ditelan mati bapak'. Hamba tak mahu menderhaka tapi takkan pula hamba berdiam diri pabila kezaliman berlaku pada rakan hamba. Agaknya begitulah yang Jebat alami sebelum beliau membuat keputusan untuk menderhaka.
Saudara saudari sekalian pernahdengar 'Sembang Rakyat'. Menyampah hamba menengoknya. Sudah jela lagi nyata kebodohan video tersebut, terbukti dengan dislike bar nya. Kalau di UK, dah lama mat salleh di sini membuat parody tentang video tersebut seperti mana yang dibuat terhadap video 'Friday', Rebecca Black. Ditambah pula dengan perangai samseng-samseng yang extremist yang diuploadkan di Youtube. Hamba mahu beri sokongan pada pemerintah, tetapi jika inilah perangai-perangai pemudanya...
Baru-baru ini semasa demonstrasi mansuh ptptn di dataran merdeka, para pendemonstrasi dikacau oleh samseng-samseng ini. Mendidih darah hamba, jika hamba disitu mahu rasanya hamba mencabar. Pantang hamba dimaki dan diperkotak-katikkan. Hamba tidak sokong sepenuhnya Adam Adli. Hamba tidak setuju dengan pemansuhan ptptn, bagi hamba perkara ini perlu dikaji secara teliti dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Tetapi incident di dataran merdeka tersebut benar-benar membuka mata hamba. Jika ini didalangi Pekida, maka apa motif mereka menggunakan kekerasan dan kebiadapan. Malulah kepada bangsa lain yang lebih berfikiran terbuka dan rasional. Malique Too Phat berkata, 'masuk tempat orang bawa otak bukan pisau'.
Negara aku ini sedang sakit teruk dek perangai bangsanya sendiri yang pendek akal. Hamba sayangkan Malaysia. Hamba mahu negara hamba aman, tiada berat sebelah , dan berterusan maju dan kaya seperti negara maju yang lain supaya nanti bila hamba dah tua dan kalau hamba dah meninggal nanti anak, isteri, keluarga, cucu hamba dapat hidup dengan bahagia.
Hamba harap wawasan 2020 diteruskan. Tak kira siapa yang menjadi Perdana Menteri.
WAWASAN 2020 MALAYSIA TERCINTA
Berdasarkan apa yang hamba luahkan, sudah jelas meramalkan hamba di pihak yang mana. Tetapi jangan mengandaikan bahawa hamba ini senang terpengaruh. Hamba berpegang kepada prinsip di mana apabila mendengar khabar angin, hamba akan cari, siasat dan dengar semua sumber yang ada agar hamba dapat membezakan mana yang nasi dan mana najis. Cukuplah sekadar hamba menyokong parti yang betul-betul ikhlas dalam menegakkan dan memperjuangkan hak rakyat, terutamanya hak bumiputera Islam dan melayu.
Hamba tertarik dengan kata kata Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir. bekas menteri penerangan (terkenal dengan bow tienya)
'Negara kita mengamalkan kebebasan bersuara dan pemerintahan yang demokrasi tetapi janganlah rakyat Malaysia lupa yang kuasa sebenarnya ada pada bumiputera melayu'. Pada hari ini hamba tidak menyalahkan orang yang bukan melayu mencabar hak keistimewaan orang melayu. Kerana kita telah diberi masa selama lebih 50 tahun untuk mungubah nasib bangsa tetapi masih tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Mata hamba bersinar apabila Tan Sri Kadir membangkitkan semula isu dasar ekonomi baru.
'
Inilah post pertama hamba meluahkan tentang pandangan politic hamba. Hamba kurang setuju kepa orang yang berpendapat bahawa politic ini suatu yang sia-sia. Jika sia-sia maka apakah yang betul-sebetulnya. Definisi politik, adalah seni menguruskan sesebuah institusi, badan atau kerajaan.Politik kotor yang hamba benci. Hamba mahukan politik yang adil, telus dan merjuk Islam. Kerana politik jenis inilah sahaja yang akan memudahkan, meningkatkan kemajuan rakyat dalam bidang perniagaan, kejuruteraan.
Tiga individu yang akan membentuk generasi masa depan sama ada berjaya atau sebaliknya.
Ibu bapa, guru, dan pemerintah.
Pemerintah terletak di atas sekali kerna ia mempengaruhi guru dan juga ibu bapa. Kerna itulah sebagai rakyat tak kira bangsa, atau pekerjaan dari berbagai bidang, dari peniaga yang kaya raya sehinggalah tukang sapu sampah. Perlulah celik mata tentang siapa yang perlu kita pilih untuk memerintah.
Akhir kata:
Menonton video tentang politik di internet boleh mengkhayalkan. Banyak sangat bahan, tak habis diproses oleh otak. Dan bukan semua yang diuploadkan yang diperkatakan adalah benar. Tiap manusia ada kelemahannya ada kesalahannya, tapi tidak perlulah sehingga mencari berjam-jam lamanya di youtube. Dahla buang masa, dengar dan lihat aib orang, tingkatkan dosa pulak tu. Lebih baik hamba lebihkan masa dalam pelajaran. Selepas ini hamba baca paper ajelah.
No comments:
Post a Comment