Thursday, May 3, 2012

Perbezaan Dalam Pemikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hamba berdoa agar saudara dan saudari sihat sejahtera.

Dalam berjuta manusia yang hidup di muka bumi ini, tidak satupun yang mempunyai fikiran yang yang sama, pandangan yang sama. Sebab itulah uniknya Tuhan menciptakan alam ini, punyai banyak perbezaan, banyak pilihan. Ada kekurangan ada kelebihan. Manusia perlukan sesama manusia untuk mengisi kekosongan antara satu sama lain. Itulah yang menjadikan ia cantik dan harmoni. Hamba lebih suka hidup di negara yang mempunyai berbilang daripada hanya satu kaum sahaja. Seperti sekolah campur, di mana pelajar boleh mengenali dan menghormati budaya sesama lain.

Tidak akan ada persamaan dari segi pemikiran, ada kajian mengatakan otak parti kanan jauh berbeza dari otak parti haluan kiri. Itulah salah satu sebab tidak pernah luput perbalahan sesama mereka.

Sama seperti pemikiran seorang arkitek, engineer, tukang masak, guru, ahli perniagaan. Semuanya berbeza. Jika setiap dari kita memahami tanggungjawab diri sendiri dan berpegang kuat kepada agama. Pasti negara akan harmoni. Yang menjadi masalah apabila berlaku salah guna kuasa, tidak kira dari pekerja bawahan sehinggalah ke majikan. Pastinya berlaku ketidakpuasaan dan ini akan menjejaskan orang sekeliling. Kalau bukan sekarang, lama kelamaan pastinya akan.

Apabila polis memukul orang awam dan apabila orang awam memukul polis. Sebenarnya polis dan orang awam adalah mangsa. Selama ini hamba tidak paham akan pemikiran seorang polis apabila mereka tidak peduli tentang keganasan yang dilakukan mereka. Boleh katakan hamba benci polis. Kerana hamba tak faham.

Sekarang hamba faham selepas hamba menonton filem ini. Bahkan sekarang ini hamba mahu jadi seperti polis.

http://www.youtube.com/watch?v=ajRMjErXIS8






adalah satu kesalahan jika mencederakan orang. Walaupun diri ini diprovoke janan sekali kali mingikut kemarahan.

Hamba belajar ini semasa hamba menjadi pengawas sekolah. Walaupun digelar anjing. Ditumpahkan air ke baju, diajukan kata kata kesat. dibuli secara mental. Dipulaukan, hamba tidak sekali kali ingin membalas. Walaupun sampai sekarang masih rasa dendam tetapi hati ini sedia memaaf. Kalian tidak akan ada pengalaman seperti hamba kerana pengalaman ini amat perit dan hamba perap dalam hati sehingga sekarang.



Kepada polis yang menyalah guna kuasa yang anda ada, hamba tidak akan menghalalkan gaji anda yang dibayar oleh rakyat. Buat jahat di balas jahat.


 Kepada polis yang berkhemah dan professional dalam menjalankan tugas, hamba mengucapkan banyak terima kasih dan moga tuhan yang dapat balas ibadah tuan hamba. Kalau ada masa datanglah ke rumah hamba boleh jamukan.

2 comments:

  1. Well who are you to halal and haramkan their income??
    Human are only entitled to judge the sin. Let Allah judge the sinner.

    ReplyDelete
  2. Duit rakyat yang buat hamba marah itu tuan puteri. Hamba betul-betul marah dan benci dengan orang yang salah guna kuasa. Dah betul-betul jelas terang bersuluh, dengan bukti- bukti yang ada. Polis berlagak samseng dan bukannya berprofesional dan rasional. Kalau bukan duit hamba duit dari mak ayah hamba, dan rakyat marhaen yang penat lelah bayar cukai akhirnya disalahguna, disonglap dan sebagainya. Hamba mengerti, siapalah hamba untuk menentukan halal haram. Hamba sedar, bukanlah hamba tuhan tetapi Allah s.w.t, hamba hanyalah tanah, orang kalangan. Anggaplah ucapan hamba yang puteri runni tdak senang itu, cumalah sebagai terlepas kata. akibat marah mengikut nafsu kerna tidak puas hati tentang kejadian yang berlaku di tanah air kita ini. Mohon maaf tuan puteri, harap tuan puteri sudi memaafkan hamba. Hamba pun sama juga. Bagai menelan ludah sendiri .Ayat yang sama pernah diajukan kepada hamba. Sebagai pelajar mrsm dan mahasiswa uitm dahulu. Wang dari duit rakyat. Hamba gagal menunjukkan pencapaian yang diharapkan. Hamba sedar, sungguh memalukan.

    ReplyDelete